Halloween party ideas 2015

Gambar Bogel Isteri Donald Trump Didedah | Ketika calon presiden Republican, Donald Trump sedang giat berkempen untuk pilihan raya Presiden Amerika November depan, tiba-tiba gambar bogel isterinya terpampang di muka depan akhbar New York Post selama dua hari berturut-turut sejak kelmarin.

Gambar Bogel Isteri Donald Trump Didedah

Kedua-dua gambar bogel Melania Trumpa itu dipercayai diambil ketika dia menjadi model 20 tahun lalu.

Ketika menjawab isu gambar bogel isterinya itu, Trump melalui kenyataannya berkata, Melania adalah salah seorang model yang berjaya dan pernah muncul di kebanyakan muka depan akhbar dan majalah di Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kedua-dua gambar ini pernah disiarkan dalam sebuah majalah di Amerika Syarikat. Ketika itu, saya belum mengenali dia lagi. Di Eropah dan Amerika Syarikat, gambar seperti ini dianggap moden dan bukan luar biasa," kata Trump yang bakal bersaing hebat dengan calon dari Demokrat, Hillary Clinton bagi menggantikan presiden sekarang, Barack Obama.

Manakala Penasihat Komunikasi Trump, Jason Miller, memberi penilaian bahawa gambar itu cukup berseni dan memuji Melania adalah seorang wanita yang cantik.

"Gambar itu diambil 20 tahun lalu. Ia tidak perlu dihebohkan kerana ia hanya menonjolkan tubuh manusia dari segi nilai seni," kata Miller.

New York Post adalah milik Rupert Murdoch dan tidak dipastikan apakah beliau mempunyai sebarang kepentingan politik atau tidak mengenai pendedahan gambar lama Melania itu.

Difahamkan, gambar bogel Melania itu disiarkan pada muka depan Majalah Max keluaran Januari 1996. Ketika itu, Melania yang berwarganegara Slovenia baru berusia 25 tahun.

Majalah Max dipercayai sudah menghentikan penerbitan sejak 10 tahun yang lalu. Setelah ditutup, kebanyakan gambar bogel mahupun separuh bogel milik model tidak pernah disiarkan di mana-mana akhbar dan majalah.

Namun berlainan pula dengan keadaan Melania. Disebabkan suaminya adalah calon presiden, sudah tentu dirinya akan dieksploitasi oleh pihak tertentu seperti New York Post untuk tujuan melariskan jualan akhbarnya.

sumber
http://ift.tt/2aM2Ztr


from KeZooM http://ift.tt/2ayHatK
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.