Kazim Elias ni.. dia tak bagi orang lain buat spekulasi tapi dia pulak yang buat spekulasi.. siasatan Polis belum selesai dia dah kata "mungkin ada orang tidak puas hati".
Teringat aku suatu masa dulu bila ada yang bertanya kepada Kazim ni tentang tuduhan liwat yang dihadapi DSAI.. Jawab Kazim.. "Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang...."
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.
Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa.
Katanya Maahad Tahfiz Darul Barakah dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV di setiap kawasan dan peluang untuk kejadian seumpana berlaku.
"Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya menjadi hak setiap individu untuk membuat laporan, namun beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Datuk Kazim pada masa sama turut mengingatkan netizen agar tidak memviralkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejaskan pelajar itu sendiri ~ AstroAwani
"Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa?".. ayat lawak ni..
Yang siasat tu orang dalam yang cari makan dalam tu jugak.. ada kredibiliti ke dilantik sebagai penyiasat?
Bagaimanapun...
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini 10 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk pelajar, pengadu dan pengurusan maahad tahfiz berkenaan.
“Saya menyatakan di sini memang ada laporan dibuat. Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan sepuluh statement ataupun rakaman percakapan telah pun dibuat dan pihak polis akan teruskan siasatan itu yang saya dapat bagi tahu dan kita akan lengkapkan secepat mungkin,” katanya.
Abdul Rahim diminta mengulas mengenai berita yang tersebar di laman sosial mengenai beberapa orang pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain berlaku seks luar tabii.
Menurut Abdul Rahim lagi, kes tersebut disiasat mengikut seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Laporan penuh silalah baca di SINI
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2bPIbyQ
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself