Kenyataan Ridhuan Tee Abdullah iaitu atlet “ultra kiasu” didorong oleh wang dan populariti bukannya patriotisme kepada negara dibidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai satu penghinaan kepada ahli sukan Malaysia.
“Ultra kiasu” adalah istilah bersifat menghina yang digunakan oleh Tee untuk menggambarkan bukan Melayu, pihak pembangkang dan musuh Islam.
Khairy yang akui kecewa membaca komen itu, turut berpendirian kenyataan Tee sebagai “salah dan tidak bertanggungjawab.”
“Saya kenal atlet kita. Mungkin dia tidak pernah bertemu dengan mereka. Tanpa mengira kaum dan agama, mereka berjuang demi negara, demi Malaysia.
“Mungkin Tee tidak perlu lagi mengulas mengenai sukan,” tambahnya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak. Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Tee yang disiarkan dalam ruangan mingguan setiap hari Isnin di akhbar Sinar Harian.
Dalam kolumnya itu, Tee mendakwa “ultra kiasu” lebih memilih untuk melibatkan diri dalam sukan individu dan bukannya berkumpulan yang memerlukan kerja berpasukan.
Bola sepak dan hoki yang memerlukan kekuatan “jamaah (berjemaah)” tidak lagi diminati bukan Melayu, kerana menurut Tee, acara individu sebagai lubuk jana wang.
Kata ahli akademik itu lagi, sukan menjadi bahan niaga dan platform untuk mencari populariti dan wang, bukan lagi mengenai patriotisme lapor FMT
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2c04mFh
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself