Lelaki 35 Tahun Ditemui Maut Ditetak | Lelaki yang ditemui mati dibunuh di hadapan pagar sebuah rumah di Laluan Temenggong, Pasir Puteh,Ipoh, pagi tadi dikenal pasti sebagai Raymond, 35, dan mangsa dibunuh dengan ditetak di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa daripada orang awam yang melalui kawasan itu pada jam 7.38 pagi.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Buntong di sini, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat letak kereta sebuah rumah teres dua tingkat didiami tiga wanita warga emas.
"Pemeriksaan menemui kesan tetakan di bahagian kanan kepala mangsa dan kejadian dipercayai berlaku beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemui orang awam.
"Penghuni rumah berkenaan bagaimanapun tidak menyedari kejadian itu," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian hari ini.
Chang Keong berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes bunuh itu termasuk kesan darah yang ditemui di kawasan berhampiran sama ada mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menyemak sama ada mangsa mempunyai rekod jenayah lampau.
"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat," katanya.
sumber
http://ift.tt/2atcdNa

from KeZooM http://ift.tt/2b1t59o
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself