Tentera Russia Guna Senjata Kimia Balas Dendam Di Syria? : Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 33 orang lagi termasuk kanak-kanak mengalami cedera parah dalam dua serangan berasingan melibatkan penggunaan senjata kimia di Syria, semalam.
Serangan pertama berlaku di Old City di wilayah Aleppo, barat daya Syria apabila kumpulan militan Takfiri menggempur sebuah kawasan penempatan menggunakan senjata artileri.
Pengarah Kesihatan Aleppo, Mohammad Hazouri berkata, kumpulan militan itu menggunakan peluru yang diisi dengan gas beracun dalam serangan terbabit.
“Lima orang disahkan terbunuh, manakala lapan orang lagi mengalami masalah ke-sukaran untuk bernafas dan dihantar ke hospital untuk dirawat,” katanya seperti dilaporkan portal PressTV.
Dalam perkembangan berasingan, portal Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 33 penduduk awam termasuk 18 wanita dan 10 kanak-kanak, mengalami sesak nafas selepas helikopter-helikopter menggugurkan bom kimia di pekan Saraqeb di wilayah Idlib yang dikuasai kumpulan pemberontak.
Ketua Jabatan Pertahanan Awam Syria, Raed Saleh berkata, serangan itu berlaku tengah malam tadi apabila helikopter-helikopter berkenaan menggugurkan lima tong dipercayai mengandungi gas klorin dan serpihan besi di lokasi kejadian.
“Kami percaya gas itu merupakan gas klorin berdasarkan bau dan kesan kecederaan ke atas mangsa yang mengalami sesak nafas, kesan terbakar dan mata merah.
“Kesemua mangsa sedang dirawat, dua daripada mereka berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Saraqeb terletak kira-kira 15 kilometer dari lokasi sebuah helikopter Rusia ditembak jatuh pada Isnin lalu yang mengorbankan lima orang anak kapalnya, sekali gus menjadikan korban terbesar tentera Rusia sejak Moscow menyertai operasi ketente-raan di Syria pada Oktober lalu.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit, dan kumpulan hak asasi Syria percaya serangan di Saraqeb didalangi tentera Rusia yang mahu membalas dendam selepas helikopter mereka ditembak jatuh Isnin lalu.
sumber
http://ift.tt/2ajHsJ5

from KeZooM http://ift.tt/2b4huq4
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself