Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Kenyataan Azmin ni nampak macam sombong dan berlagak.. tapi hakikatnya ada kebenarannya..

Betullah bila yang dia kata PKR Sabah tidak akan tergugat bila ramai pemimpin yang keluar Parti, malah bukan PKR Sabah saja tapi PKR seluruh negara..

Sebabnya ada ramai lagi yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin.. lagipun yang lompat keluar tu pemimpin bukannya ahli dari akar umbi..

Kalau ahli-ahli dari akar umbi yang lompat keluar tu lainlah..

Laporan berkaitan..


Tindakan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin serta beberapa pemimpin lain meninggalkan parti tidak menjejaskan kekuatan parti mahupun barisan pembangkang di negeri berkenaan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau menyokong mana-mana pihak yang mempunyai agenda yang sama dengan Pakatan Harapan, iaitu menentang Barisan Nasional (BN). 

"Yang penting dia nak lawan BN. Tidak ada masalah. Siapa nak lawan BN, saya sokong. Jadi komitmen Darell Leiking, Lajim Ukin, Shafie Apdal dan beberapa lagi pemimpin sama ada mereka mahu menubuhkan parti baharu atau menyertai parti baharu, asalkan mereka mempunyai kepentingan yang jelas iaitu bagi menentang UMNO dan BN di Sabah, saya akan berikan sokongan penuh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Walikota Bandung, Mochamad Ridwan Kamil di Pejabat Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.

Ujarnya, beliau turut memahami sentimen landskap politik di Sabah yang lebih mementingkan isu kenegerian.

"Kita melihat senario politik hari ini memang mencabar. Politik Sabah tidak boleh disamakan dengan politik di negeri-negeri lain. Sentimen kenegerian itu amat kuat jadi kita kena memahami dan menyelami perasaan orang Sabah tentang keperluan satu kerajaan yang benar-benar dapat mewakili aspirasi rakyat Sabah," katanya.

Ahad lalu, Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias mengetuai beberapa pemimpin daripada PKR dan DAP untuk keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Turut mengikuti jejak langkah beliau adalah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan ADUN Moyog, Terence Siambun.

Selain itu, Setiausaha DAP Sabah dan ADUN Likas, Junz Wong, juga mengumumkan keluar parti.

Keputusan mereka keluar parti itu dibuat selepas mengambil kira hasrat rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan untuk menjaga kepentingan mereka.

Terdahulu, pada 22 September, Naib Presiden PKR, Darell Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang, turut letak jawatan bagi menyertai parti tempatan yang sedang diambil alih oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal ~ AstroAwani





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2dwMVLO

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.