Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan, malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.
Nampak tak??.. Najib pun bukannya bodoh sangat.. mudah saja dia permainkan Haji Hadi dan PAS, hari ni tolak ke bawah.. bila dia bentang bajet esok lusa, Bajet itulah yang akan diperbahaskan pula..
Lagipun takkan lah Najib nak mengecewakan MCA, MIC dan GERAKAN yang ada dalam komponen Barisan Nasional tu.. kenapa dia nak jaga hati PAS?
Matlamat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat melalui isu hudud dah berjaya.. sekurang-kurangnya bila dia istihar bubar Parlimen, pertandingan 3 penjuru akan berlaku..
3 penjuru tu maknanya Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU14..
Isu RUU 355 yang dicanangkan sebagai hudud walaupun hanya untuk memperkasakan undang-undang dalam Mahkamah Syariah ini telah berjaya dimanupulasi oleh Najib dengan baiknya dan dijangka tidak akan diperbahaskan hingga PRU14.
Itulah.. dulu diberi peluang untuk bentangkan nak tangguh..
Usul kontroversi 'hudud' Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah pada hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.
Usul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor 4 semalam kepada nombor 7 hari ini.
Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.
Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.
Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.
Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.
Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.
Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.
Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.
Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Namun selepas bantahan daripada parti komponen BN seperti MCA dan MIC, peluang untuk perkara ini berulang menjadi persoalan lapor Malaysiakini
Dah 60 tahun dalam politik.. masih tak kenal lagi UMNO ke?
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2016/10/usul-hadi-ditolak-ke-bawah-dah-kena.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself