Sebelum ini, PAC meminta Kementerian Pendidikan membatalkan projek 1Bestarinet bernilai RM4.1 bilion di semua sekolah di seluruh negara kerana fasa pertama projek itu tidak dilaksanakan dengan baik.
Dalam laporan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta Jabatan Audit Negara membuat semakan kedua terhadap projek kerajaan 1Bestarinet di semua sekolah di seluruh negara.
Kenapa bersungguh sungguh nak bongkar projek Kerajaan Barisan Nasional yang gagal iaitu BestariNet itu?
Sebabnya yang terlibat dan berkuasa meluuluskan projek rundingan terus itu ialah Muhyiddin sewaktu beliau menjadi Menteri Pendidikan dalam Kerajaan Barisan Nasional.
Ianya melibatkan pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi.. tapi dipasang di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut.
Lebih menarik lagi sebuah syarikat yang sememangnya diketahui sebagai kroni utama Tun Mahathir, YTL telah terlibat secara langsung.
YTL sepatutnya perlu membayar RM1,200 sebulan bagi setiap tapak 1BRIS berdasarkan saranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Namun YTL enggan dan terus berdegil untuk tidak membayarnya kerana kononnya kontrak dengan KPM membenarkan YTL memasang secara percuma.
KPM seolah-olah enggan bertelagah dengan YTL dan seterusnya tunduk dengan semua tuntutan YTL dan sebagai saguhati, KPM hanya meminta YTL membayar sebanyak RM1,000 setahun bagi sewa setiap 1BRIS.
Untuk ini, YTL dijangka memperolehi keuntungan sebanyak RM 50 juta setahun berdasarkan perjanjian 1BestariNet melalui KPM.
Ini bermakna, selama tempoh 15 tahun lamanya perjanjian ini, YTL akan memperolehi kira-kira RM 750 juta keuntungan sumber info dari SINI
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta Jabatan Audit Negara membuat semakan kedua terhadap projek kerajaan 1Bestarinet di semua sekolah di seluruh negara.
Dalam laporan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, ia berkata ada banyak perbelanjaan mencurigakan dan kelemahan pengurusan kontrak.
“PAC tidak boleh menerima alasan dikemukakan Kementerian Pendidikan mengenai ketidaksedaran mengenai pekeliling berhubung ‘Value Management Lab’,” menurut laporan itu.
Jawatankuasa itu juga meminta ketua audit negara melakukan audit susulan secara keseluruhan.
Selain itu, jawatankuasa berkenaan berkata ia akan melawat sekolah di bandar dan luar bandar untuk melihat pelaksanaan projek itu.
PAC juga meminta ketua audit negara menyemak terma dan syarat kontrak 1BestariNet untuk memastikan kepentingan kerajaan dilindungi.
Sebelum ini, PAC meminta Kementerian Pendidikan membatalkan projek 1Bestarinet bernilai RM4.1 bilion di semua sekolah di seluruh negara kerana fasa pertama projek itu tidak dilaksanakan dengan baik.
Ini kerana jawatankuasa itu berpendapat fasa pertama projek itu, meskipun dilengkapkan pada kos RM633 juta, ia tidak memberi keputusan yang diharapkan kerana perkhidmatan yang sepatutnya tidak dapat disampaikan dengan baik.
Projek itu diberikan kepada YTL Communications Sdn Bhd menerusi tender terbuka.
Projek itu menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar 4G di semua 10,000 sekolah di negara ini tetapi tidak menepati sasaran apabila murid, guru dan ibu bapa masih belum dapat mengakses sistem berkenaan lapor FMT
Kalau ada penyelewengan sila ambil tindakan.. tapi takkan Skandal BestariNet saja kot??.. 1MDB tu tak mahu desak disemak sama ke?
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2016/11/kenapa-pac-desak-ketua-audit-negara.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself