Halloween party ideas 2015

Penghuni Rumah Lama,ok?: Salam and hai everyone! Aku sebenarnya dah lama baca confession dekat page ni dan aku rasa nak share aku punya cerita.

Penghuni Rumah Lama

Cerita ni terjadi dekat aku dekat rumah lama aku. Time tu aku kecik lagi. Umur dalam 7- 8 tahun. Sekarang aku dah 26 tahun. Nak dijadikan cerita, rumah lama aku tu banglo. Banglo yang sangat besar, ada 6 bilik semuanya. Halaman rumah sangat luas, nak main bola sepak pun boleh. Ayah dan mak aku beli tanah ni, owner dia kerabat diraja. Kiranya tanah ni tanah raja zaman dulu2 la.

Oh, lupa nak cakap aku ni ada 7 beradik, aku ada adik sorang. Time tu, kakak aku yang sulung dah kahwin so dia tak duduk dekat rumah aku. Yang duduk dekat rumah aku tu adik beradik aku yang lain dengan mak dan ayah aku. Walaupun adik beradik aku semuanya perempuan, tapi aku tak tahu kenapa aku yang selalu kena kacau. Mungkin sebab aku yang paling kecik kot.

Pada suatu malam, aku tido dekat bilik parents aku sebab aku takde bilik sendiri. Aku tidur atas katil sorang- sorang. Dalam tidur tu, aku bermimpi aku jumpa dengan perempuan rambut panjang baju putih dan aku bagi bunga ros kaler merah dekat dia. Dan dia hilang tiba2.

Selepas tu, aku terjaga dari tidur. Dalam keadaan aku mamai, aku nampak dekat bucu katil, perempuan yang sama dalam mimpi aku tengah tenung aku!! Rambut panjang baju putih. Aku gosok2 mata aku lepas tu dia hilang dari pandangan mata.

Cerita kedua pula masa tu kakak aku yang sulung baru lepas lahirkan baby. Dia berpantang kat rumah aku, lepas habis pantang dia balik rumah dia dekat KL. Satu malam tu lebih kurang pukul 11, aku dengan kakak aku sorang ni duk dekat dapur.

Tiba- tiba aku dengar suara ada orang panggil aku. Aku pun pergi luar dapur. Aku pergi dekat ruang makan. Dekat sinki tu ada perempuan berambut panjang pakai baju putih membelakangkan aku tengah pegang baby. Innocentnya aku sebagai seorang budak, aku ingatkan tu akak sulung aku. Bila aku panggil dia tak menyahut. Lama aku tengok dia pegang baby tu. Then, aku rasa sesuatu. Aku terus berlari masuk dapur then masa tu baru aku terpikir ya allahhh, akak aku tu dah lama balik kl!! Yang kat luar tu konfirm bukan akak aku..

Cerita ketiga pulak satu malam tu aku dan adik aku tidur dengan kakak aku. Time tu aku dan adik aku dah siap2 landing atas katil dah. Kakak aku ni baru siap study so from meja study dia jalan pergi kat suis nak tutup lampu. Semua nak tido dah. Masa kakak aku betul2 kat suis lampu tu, aku dan adik aku nampak ‘kakak’ aku atas katil tengah berdiri tengok kitaorang.

Kau boleh imagine tak tengok akak kau ada dua orang tapi yang sorang tu bukan manusia?? Tapi sebab aku dan adik aku masa tu kecik lagi, kitaorang tak menjerit. Mungkin sebab kitaorang tak faham yang benda atas katil tu bukan manusia, tapi hantu. Lepas ‘kakak’ aku tu tengok kitaorang, dia terus lompat keluar ikut tingkap yang memang tengah terbuka. Aku apa lagi,menangis. Yang hairan nya, kakak aku tu tak nampak pun hantu yang berupa muka dia tu. Lepas tu, kitaorang tak boleh tidur dah. Baca ayat qursi dan berjaga sampai malam.

Kalau nak cerita memang banyak sangat pengalaman aku nampak hantu dekat rumah lama aku. Setakat nampak kelibat atau lintasan tu benda biasa. Family aku yang lain pun ada kena kacau, tapi tak teruk sangat. Hantu kat rumah tu jenis suka berupa manusia. Kadang-kadang dia berupa mak, ayah, kakak-kakak aku. Lepas banyak sangat kejadian dekat rumah tu, parents aku decided utk jual rumah tu.

Aku pindah masa aku darjah 5 kalau tak silap. Sayang sebab rumah tu cantik.. Ada sorang dato’ yang beli rumah tu. Dato’ tu sewakan rumah tu untuk jadikan hostel budak2 KPTM. Tak sampai sebulan lepas dia beli rumah tu from parents aku, dia kol dan cerita budak2 yang sewa rumah tu sering kena histeria dan meracau.. Lama- lama lepas tu takde berita dah. Aku rasa dah okay la kot sebab rumah tu still jadi hostel sampai la sekarang…
– SK

IIUM Confessions - BM

from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2016/11/penghuni-rumah-lama.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.