Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas, di sini, sebentar tadi.
Serbuan dibuat jam 3.45 petang ke atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1, bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai terkejut dengan serbuan dilakukan itu.
Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.
"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya.
Bagaimanapun menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat,tindakan Jamal itu melanggar undang-undang ditetapkan iaitu melakukan pencerobohan ke atas sesuatu tempat.
"Jika pemilik sesebuah premis membuat laporan, Datuk Seri Jamal boleh dikenakan tindakan atas kesalahan berkenaan. "Dia mungkin mempunyai niat yang baik untuk mendedahkan kegiatan judi dan maksiat serta pusat hiburan haram sekitar Selangor, namun gunakanlah saluran yang betul," katanya.
Laporan penuh bacalah di SINI
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2016/12/selepas-bertuala-di-suk-jamal-berjubah.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself