Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan terdapat penjanjian sulit antara bapanya dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk memilihnya sebagai perdana menteri.

Katanya kenyataan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Katanya, BERSATU hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul lapor, Sinar Harian.

“Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tunku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.

“Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha BERSATU yang ingin menyelamatkan Malaysia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Jumaat lalu Tunku Aziz mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri.

Tunku Aziz mendakwa berdasarkan perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember lalu, Lim pula akan dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut Mukhriz mencabar Tunku Aziz mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehnya berhubung perkara itu.

Katanya, sekiranya Tunku Aziz gagal berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman berhubung dakwaan fitnah tersebut.

“Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Aziz) perlu mendedahkan siapakah pemberi maklumat tersebut.

“Kalau beliau tidak dedahkan saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata menurut MalaysiaKini







from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/01/tunku-abdul-aziz-tipu-rupanya-mukhriz.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.