Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Kementerian Pendidikan menafikan pernah mengeluarkan pekeliling pemberitahuan mengenai penjualan gula-gula dadah berlaku di sekolah di negara ini, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.


Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata sehingga hari ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan berkaitan penjualan gula-gula dadah berperisa strawberi di mana-mana sekolah.

“Tidak betul dan itu adalah palsu…kementerian tidak pernah keluarkan surat pekeliling,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom Ke Sekolah’ peringkat kebangsaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said di sini, Isnin.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Hasim Rusdi.

Mengulas lanjut, Chong berkata bilangan murid yang terjebak dengan dadah merekodkan penurunan iaitu 1,732 orang pada tahun lepas berbanding 1,938 orang pada 2015.

“Kementerian melalui Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PDRM akan membuat pemeriksaan mengejut dan ujian air kencing secara berkala khususnya kepada kumpulan berisiko tinggi.

“Kita sentiasa memantau percubaan (penggunaan) dadah dalam kalangan murid sekolah dan keadaan itu pada masa ini terkawal,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Chong berkata kementerian sedang meneliti kegiatan buli terbaharu iaitu buli siber dan mengkaji tindakan yang boleh diambil terhadap pelakunya.

“Kita menerima aduan tentang ini (buli siber) yang mana pelajar-pelajar dibuli menerusi komen-komen dalam sosial media seperti Facebook, ataupun penghantaran mesej-mesej bersifat membuli, ini kita sedang teliti dan selepas kita lihat aspek perundangan, kita akan wujudkan kategori baharu iaitu buli siber bagi membanteras kegiatan itu,” katanya lapor The Malaysian Mirror

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/02/kementerian-pendidikan-nafi-keluar.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.