Pemuda Umno Pulau Pinang menyarankan Exco Agama negeri itu, Datuk Abdul Malik Kassim agar tidak terlalu gelabah dan panik apabila salahlaku kerajaan negeri itu terus-menerus didedahkan.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, sebaliknya Abdul Malik perlu bertaubat serta insaf dalam memastikan pentadbiran agama Islam bukan ditadbir dan ditentukan oleh 'orang bukan islam'.
"Abdul Malik jangan gementar bila rakyat Pulau Pinang mengetahui perkara sebenar, yakni kerajaan negeri amat kesal, kecewa dan dukacita apabila Jawatankuasa fatwa berhubung dengan kalimah ALLAH diwartakan tanda merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yussof yang mendakwa kerajaan negeri di bawah naungan DAP dilihat bertindak melampaui batas apabila mencampuri urusan institusi fatwa termasuk membekukan beberapa fatwa yang telah dibincangkan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Bagaimanapun, Exco Agama ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan menafikan berlakunya campur tangan dalam isu penfatwaan.
Mengulas lanjut, Rafizal berkata dalam isu ini adalah sesuatu yang tidak wajar apabila menuduh Umno yang terlibat untuk memperbesarkan isu ini.
"Memang menjadi budaya kotor kerajaan negeri Pulau Pinang apabila salah laku mereka didedahkan, tindakan paling mudah adalah menjadikan Umno dan Barisan Nasional sebagai kambing hitam dengan menuduh Umno cuba memperbesarkan isu fatwa ini," katanya.
Katanya lagi sekiranya Abdul Malik terlupa, surat yang didedahkan itu adalah surat daripada pejabat beliau sendiri yang tidak mampu pun orang Umno mendapat sesalinan apatah lagi mendedahkannya.
"Bagi Pemuda Umno negeri ini bukanlah satu pendedahan atau tuduhan kosong tetapi surat YB Malik Kasim bertarikh 26 Mei 2010 telah "bercakap dengan sendirinya," katanya.
Oleh yang demikian, katanya, rakyat Pulau Pinang kini cukup jelas bahawa setiap fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa fatwa perlulah dirujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum diwartakan.
"Jelas, bahawa kerajaan negeri telah mencampuri pentadbiran agama Islam dan perkara-perkara yang berhubungkait dengannya," katanya lapor Sinar Harian
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/02/pemuda-umno-pp-mahu-exco-agama-pulau.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself