Exco kerajaan negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah.
Abd Latif ditahan pada kira-kira pukuk 11 pagi ini ketika hadir di pejabat SPRM Johor Bahru.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan penahanan tersebut, ketika mengadakan lawatan ke pejabat The Star di sini,
Khamis. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mula bercuti pada 1 Mac lalu untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.
Susulan cuti Abd Latif, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Rabu mengumumkan penyusunan semula tiga portfolio Exco kerajaan negeri Johor berkuatkuasa Ahad ini di mana jawatan Abd Latif akan dipangku Datuk Md Jais Sarday.
Difahamkan, Abdul Latif mengambil cuti selepas anak lelaki dan pegawai khasnya ditahan SPRM dalam operasi pada pagi 28 Februari lalu.
Turut ditahan dua pemaju, masing-masing seorang peguam dan orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal sama di Johor.
Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,00 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan lapor mStar
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/03/skandal-tanah-johor-exco-ditahan-sprm.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself