![]() |
| Hussamuddin memaklumkan pembatalan dialog berkenaan. |
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan ini dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, petang tadi.
Menurutnya, surat itu memaklumkan pembatalan permit yang dikeluarkan kepada kita sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, Dr Mahathir dan Mohamed Nazri.
“Alasan yang diberikan adalah bantahan penduduk dari sekitar kawasan tersebut dan setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam dengan ini kelulusan permit himpunan aman dibatalkan,” katanya.
Mengulas tentang persiapan yang dibuat, beliau berkata, persiapan telahpun dilakukan.
Namun, Sinar Harian akur dengan keputusan ini. Sebagai sebuah syarikat dan organisasi yang menghormati kerajaaan hari ini untuk tidak meneruskan dialog ini.
“Tetapi, Sinar Harian akan terus mengadakan wacana-wacana seperti yang pernah kita buat sebelum ini. Insha-ALLAH kita harap Sinar harian akan menjadi pentas untuk berhujah, bukan bermaki-hamun,” katanya.
Tambahnya, bila ada cabaran dari kedua-dua pihak (Dr Mahathir dan Nazri Aziz), kami sanggup untuk beri pentas kerana kami hendak bawa mereka ke pentas Sinar Harian yang merupakan pentas ilmiah.
“Inilah yang cuba kami bawakan. Jadi dengan pembatalan ini kami sudah buat keputusan untuk tidak teruskan dialog ini,” katanya. - SH
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2017/04/permit-batal-dialog-tun-m-nazri-tidak.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself