SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan arahan menggantung sementara semua kuliah/ceramah yang disampaikan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin.
Arahan tersebut dikeluarkan menerusi surat yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim berkuat kuasa serta merta.
"Sedia maklum bahawa Zamihan yang juga merupakan Pegawai Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
"Sehubungan itu, memandangkan beliau kini di bawah siasatan, maka pihak pentadbir masjid dan surau di peringkat akar umbi diarahkan untuk gantung sementara ceramah/kuliah yang disampaikan oleh beliau," katanya.
Terdahulu, polis menahan Zamihan yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam kuliah agama pada Ahad lalu.
Dalam video terbabit, Zamihan juga didakwa membuat kenyataan perkauman tentang masyarakat cina. - S Harian
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2017/10/jais-keluar-arahan-gantung-ceramah.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself