Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
PETALING JAYA: Pemeriksaan polis di kediaman anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor menemui sebanyak 150 beg tangan mewah pelbagai jenama dan kasut bayi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kebanyakan beg tangan yang dirampas itu terdiri daripada jenama Hermes.
"Ada beberapa jenama tapi paling banyak Hermes dari Paris. Ada beg yang masih di dalam kotak dan beberapa lagi sudah dibuka," katanya pada sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.
Kediaman Nooryana Najwa antara tiga premis di Pavillion Residence di ibu negara yang diserbu polis bagi membantu siasatan kes 1MDB.
Ditanya mengenai premis rampasan kira-kira 150 beg tangan tersebut, Amar mengesahkan ia didaftarkan di bawah nama anak perempuan Najib.
"Dari tiga premis yang diserbu, satu daripadanya atas nama anak perempuan Najib manakala satu lagi milik anak lelakinya (Ashman)," katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Najib yang meluahkan rasa kurang senang dengan rampasan di premis milik anak perempuannya, Amar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
"Seksyen 409 Kanun Keseksaan membenarkan rampasan tersebut dilakukan," katanya.
Mengulas sama ada kedua-dua anak Najib akan hadir memberi keterangan susulan serbuan itu, Amar berkata mereka akan dipanggil sebaik sahaja siasatan dijalankan.
"Sebaik sahaja siasatan dijalankan kita akan rakam keterangan mereka," katanya.
Menurutnya, setakat ini 30 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan namun beliau enggan mendedahkan butiran tersebut.
Dalam pada itu, Amar Singh berkata pihak polis menjalankan siasatan secara profesional terhadap bekas perdana menteri di kediamannya.
"Saya ingin menyatakan polis telah menjalankan siasatan dengan profesional sekali.
"Saya telah tegaskan pada semua yang terlibat tidak boleh mengambil gambar dengan telefon bimbit dan memastikan mereka melaksanakan tugas secara profesional kerana pemeriksaan dilakukan di rumah bekas perdana menteri,” katanya lapor mStar
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/05/skandal-1mdb-150-beg-mewah-kasut.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself