Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan di sini pada Jumaat lepas (18 Mei) mengandungi wang tunai berjumlah RM114 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata baki 37 lagi beg pula mengandungi barangan mewah seperti jam tangan dan barang kemas. 



Amar Singh berkata pihaknya selesai membuat proses pengiraan 35 beg mengandungi wang tunai kebanyakan Ringgit Malaysia (RM) dan Dolar Singapura (SD) selama tiga hari bermula Isnin lepas. 

“Sebanyak 11 mesin kira digunakan serta 21 pegawai pengurusan dan urusan mata wang terlibat melakukan proses pengiraan wang tunai ini.

 “Setelah selesai proses pengiraan, kesemua wang tunai ini telah dihantar ke Bank Negara Malaysia,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Menurut Amar Singh, baki 37 beg yang dirampas akan dinilai minggu depan dengan kerjasama daripada pakar.

“Polis akan bekerjasama dengan pakar yang berkaitan bagi menilai keaslian jam tangan, barang kemas dan beg tangan yang kebanyakannya adalah buatan Paris, " katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 12 lokasi di ibu negara diserbu dipercayai berkaitan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, 72 beg yang dirampas adalah dari sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan yang tidak mempunyai penghuni dipercayai milik individu bergelar Tan Sri.

"Polis jalankan pemeriksaan di tiga kondominium di Jalan Raja Chulan, dua milik anak Najib, Mohd Norashman dan Noryana Najwa manakala satu lagi tidak dihuni," katanya.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata dalam serbuan di rumah Najib di Langgak Duta, polis merampas wang tunai pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai RM500,000 dan barangan mewah seperti jam tangan, barang kemas serta beg berjenama.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil anak Najib, Mohd Norashman dan Noryana Najwa bagi memberi keterangan susulan serbuan di dua premis mereka sebelum ini.

Menurutnya, setakat ini 30 individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan namun beliau enggan mendedahkan butiran tersebut.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata pihak polis menjalankan siasatan secara profesional terhadap bekas perdana menteri di kediamannya.

"Saya ingin menyatakan polis telah menjalankan siasatan dengan profesional sekali... saya telah tegaskan pada semua yang terlibat tidak boleh mengambil gambar dengan telefon bimbit dan memastikan mereka melaksanakan tugas secara profesional kerana pemeriksaan dilakukan di rumah bekas perdana menteri,” katanya lapor The Malay Mail

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/05/skandal-1mdb-rm114-juta-wang-tunai.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.