Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Putrajaya mengekalkan 90% kuota Bumiputera dalam program matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan kebimbangan kaum itu selepas kerajaan menambah jumlah pelajar bagi kursus itu.

Presiden PKR itu berkata, beliau diberitahu pertambahan daripada 25,000 tempat kepada 40,000 tempat menimbulkan kebimbangan kuota pelajar Melayu akan diambil kaum lain.

“Buat masa ini, kita perlu mengurangkan kebimbangan itu. Kita tidak mahu mereka rasa kita ambil tempat orang Melayu.

“Ini khasnya untuk fakulti di mana penyertaan Melayu amat rendah,” kata bekas menteri pendidikan itu selepas menerima Anugerah Kewarganegaraan Global daripada Saturna Capital di sini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan berkata, pertambahan bilangan pelajar itu diputuskan Kabinet untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar berbilang kaum mendapat pendidikan tinggi.

Katanya, kuota 90:10 dikekalkan untuk menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di universiti awam.

Langkah itu bagaimanapun dibidas pemimpin DAP, P Ramasamy yang berkata, kerajaan gagal melangkah ke depan, manakala penyelaras Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) bagi wilayah utara, K Sudhagaran Stanley menyifatkannya “satu daripada langkah terburuk” kerajaan Pakatan Harapan.

Hari ini, Anwar berkata, Putrajaya sekadar menangani kebimbangan orang Melayu.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia tiada kaitan dengan perkauman, tetapi untuk menampung golongan berpendapatan rendah (B40).

“Kita tidak patut abai atau meminggirkan mereka.” lapor FreeMalaysiaToday

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/04/kekal-kuota-90-bumiputera-untuk-kurang.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.