Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
TAHAP sokongan rakyat kepada kerajaan dan pimpinan di Putrajaya kini merosot, kata Merdeka Center, hampir setahun selepas mandat melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengangkat Pakatan Harapan (PH) memerintah.
Penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kini 46% berdasarkan tinjauan terbaru badan penyelidik itu pada Mac lalu, manakala tahap puas hati rakyat dengan prestasi kerajaan kini 39%.
Sebagai perbandingan, dalam kajian sama yang dibuat menjelang 100 hari kerajaan pada Ogos 2018, penerimaan rakyat terhadap Dr Mahathir pada 71% manakala tahap puas hati rakyat dengan prestasi kerajaan pada 67%.
Ini kejatuhan masing-masing 25% dan 28% dalam masa lapan bulan antara Ogos 2018 dan Mac 2019.
Bagaimanapun secara keseluruhan, 67% pengundi setuju PH perlu lebih masa untuk menunaikan janji pilihan raya, termasuk dalam kalangan majoriti pengundi Melayu iaitu 52% yang kritikal terhadap kerajaan.
Menurut Merdeka Center, kemerosotan sokongan ini disebab oleh tiga faktor iaitu tanggapan ekonomi oleh pengguna biasa, tanggapan prestasi pentadbiran kerajaan dan kebimbangan terhadap hak dan keistimewaan Melayu serta layanan adil ke atas kaum-kaum lain di Malaysia.
“Kesannya, tahap puas hati terhadap pengurusan ekonomi oleh kerajaan jatuh daripada 60% pada Ogos 2018 kepada 40% pada Mac 2019,” kata badan itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Kajian terbaru di seluruh Malaysia ini dilakukan antara 5 hingga 11 Mac lalu bertujuan meninjau persepsi pengundi terhadap ekonomi, kepimpinan dan isu semasa.
Ia melibatkan 1,204 pengundi terdiri daripada pecahan 52% Melayu, 29% Cina, 7% India, masing-masing 6% Bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak – yang mencerminkan demografi pengundi negara.
Kajian terbaru Merdeka Center sebulan lalu itu juga menunjukkan beberapa petunjuk mengenai sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Kajian bulan lepas menunjukkan hanya 34% pengundi percaya negara kini di landasan yang betul. Pada Ogos 2018, 55% yang percaya begitu.
“Sentimen ini lebih ketara dalam kalangan pengundi Melayu apabila hanya 24% yang merasakan negara di landasan yang betul,” kata Merdeka Center.
Semasa kajian pada Ogos 2018, 49% pengundi Melayu merasakan kepimpinan kerajaan berada di landasan yang betul.
Kajian Merdeka Center juga merumuskan keadaan ekonomi masih jadi perhatian utama pengundi diikuti isu hubungan kaum terkait kontroversi rusuhan di sebuah kuil Hindu di Subang Jaya, Selangor dan polemik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tahun lalu.
Diminta memberikan reaksi terhadap senarai isu-isu tertentu, 54% responden menyatakan kebimbangan utama atas keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan termasuk inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
Baki 23% prihatin dengan isu kaum seperti perlindungan hak Melayu dan layanan saksama ke atas kaum lain.
Perhatian pada isu rasuah sebaliknya merosot daripada 33% pada Ogos 2018 kepada 23% lapor TheMalaysianInsight
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/04/sokongan-kepada-kerajaan-merosot.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself