Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

AKAUN peribadi Najib Razak menerima RM2.6 bilion antara 2011 dan 2013, kata pengurus AmBank R Uma Devi yang memberi keterangan pada perbicaraan SRC International melibatkan bekas perdana menteri itu.

Akaun 211-202-200969-4 merupakan salah satu akaun lama Najib di AmBank dan tidak dinamakan dalam tujuh tuduhan jenayah yang difailkan oleh pendakwa raya.

Peguam bela Harvinderjit Singh ketika memeriksa balas Uma hari ini berkata, dokumen menunjukkan bahawa RM1.9 bilion telah dipindahkan ke akaun pada 2013 tetapi sebahagian daripadanya dikembalikan.

Akaun tersebut dibuka pada 13 Januari 2011 dan ditutup pada 30 Ogos 2013.

Harvinderjit meminta Uma mengesahkan bahawa Najib menerima RM304 juta daripada Putera Faisal dari Arab Saudi menerusi kementerian kewangan pada 2011.

Uma mengakui perpindahan tersebut dan bersetuju bahawa perpindahan jumlah besar sedemikian memerlukan pematuhan Bank Negara.

Harvinderjit memberitahu mahkamah bahawa sejumlah besar wang telah dipindahkan daripada putera berkenaan dan Blackstone Asia Real Estate Partners antara 2011 dan 2013.

Harvinderjit kemudian mengeluarkan surat yang didakwa mengarahkan US$620 juta dalam ‘sumbangan dan hadiah yang tidak digunakan’ dikembalikan.

Beliau kemudian bertanyakan kepada Uma sekiranya wang berkenaan dikenal pasti sebagai ‘hadiah dan sumbangan’ yang mana Uma menjawab dalam afirmatifnya.

Uma berkata, akaun itu mempunyai baki sebanyak RM756 juta pada 2012. – 29 April, 2019

Laporan penuh sila baca di SINI

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/04/pengurus-ambank-sahkan-ada-rm26-bilion.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.