Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas


Pada 11hb Jun 2019 yang lalu, tanpa menyelidik samada dokumen yang dibekalkan kepadanya itu sahih ataupun palsu Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam telah melaporkan kepada SPRM berhubung dokumen tersebut.

Dokumen yang kononnya menunjukkan pemindahan dana berjumlah AS$741,440 yang telah berlaku ke akaun penama Azmin Ali diperolehi daripada seorang individu.

Katanya tidak ada sebab munasabah untuk syarikat berkenaan bagi memindahkan wang sebanyak itu ke akaun individu tersebut yang sebelum ini merupakan seorang pemimpin di kerajaan negeri.

Hari ini ternyata dakwaan Lokman itu hanyalah sampah..

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menolak dakwaan sebuah syarikat kejuruteraan pernah memindahkan AS$741,440 (kira-kira RM3.1 juta) ke satu akaun bank milik seorang menteri kanan. 
“Akaun dan transaksi itu tidak wujud,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki selepas menghadiri kes rasuah terbaru bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi. 
“Satu lagi akaun bank yang dikatakan dibuka pada 2012 juga tidak wujud,” katanya ketika ditanya siasatan SPRM ke atas dakwaan RM3 juta yang dipindahkan ke akaun bank luar negara seorang menteri kanan. 
Pada 13 Jun lalu, Maybank dilaporkan berkata, dokumen nasihat pemindahan dana kepada seorang menteri menggunakan akaun bank itu yang disebarkan dalam media sosial adalah palsu. 
“Dokumen nasihat pemindahan dana itu yang disebarkan dalam talian tidak dikeluarkan bank ini dan nombor akaun Maybank yang dinyatakan pada dokumen itu adalah tidak sah. 
“Oleh kerana dokumen yang mengandungi nama Maybank itu kelihatan seperti dokumen yang telah dipalsukan, Maybank akan mengambil tindakan perlu untuk melindungi kepentingannya,” kata jurucakap Maybank. 
Laporan penuh silalah baca di SINI
Asal boleh memburukkan nama-nama pemimpin PH.. dia serbu sajalah nampaknya.. betul atau tidak dia tak peduli..

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/tuduhan-lokman-terhadap-azmin-disangkal.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.