Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Presiden UMNO yang juga Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi berdepan 7 lagi dakwaan rasuah berjumlah S$4.24 juta di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Tuduhan terbaru itu berkaitan dengan kontrak Kementerian Dalam Negeri kepada sebuah syarikat untuk mengendalikan sistem visa. Zahid, yang juga menteri dalam negeri, dituduh menerima S$4.24 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd untuk melanjutkan kontraknya bagi mengurus pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Kes itu didakwa berlaku di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Seri Satria di Putrajaya antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.
Zahid didakwa terhadap semua tuduhan tersebut selepas ia dibacakan di depan Hakim Azura Alwi. Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali jumlah suapan yang diterima.
Dengan tambahan 7 tuduhan terbaru ini menjadikan Zahid berdepan keseluruhan 54 tuduhan.
Beliau sebelum ini didakwa dengan 47 pertuduhan yang difailkan terhadapnya antara November tahun lalu dan Februari lalu, atas dakwaan pecah amanah melibatkan yayasan dikendalikan keluarganya, Yayasan Akal Budi, pengubahan wang haram serta menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa bertugas di Kementerian Dalam Negeri lapor FMT
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/zahid-didakwa-dengan-7-lagi-tuduhan.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself