Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) kecewa dengan tindakan penganjur Pertandingan Perak Muda Medalist Dancesport Championship yang diadakan di hotel di Perak disebabkan tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan.
Dalam kenyataan dikeluarkan kementerian itu berkata, KPM bukanlah penganjur bersama pertandingan itu sebaliknya ia dianjurkan oleh Malaysia United Dancesport Association (MUDA).
Katanya, KPM hanya memberikan kebenaran penyertaan dalam kategori murid sekolah dalam surat kelulusan kepada MUDA dan menggariskan tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi oleh murid yang menyertainya.
“Lantaran kebenaran penggunaan logo KPM hanya membabitkan kategori murid sekolah dan sijil penyertaan bagi kategori itu.
“Penggunaan logo KPM pada sijil bagi kategori lain tidak mendapat kebenaran KPM. Begitu juga dengan penggunaan logo KPM pada kain rentang dan tirai latar semasa pertandingan.
“KPM sudah menghubungi penganjur bagi memaklumkan kekecewaan kementerian mengenai ketidakpatuhan syarat-syarat ditetapkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.
Menurut kenyataan itu, penganjur sudah mengeluarkan kenyataan media semalam memohon maaf atas kecuaian menggunakan logo KPM bagi kategori dewasa tanpa kebenaran sehingga menjadi tular di media sosial.
“Oleh kerana penganjur gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan, KPM tidak lagi akan terbabit dalam apa juga program dianjurkan oleh MUDA.
“Penganjur seharusnya membatalkan penyertaan mereka yang tidak mematuhi tatacara pemakaian.
“KPM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan tindakan mana-mana pihak yang gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan atau menyalahgunakan nama dan logo kementerian sekaligus memburukkan imej kementerian,” katanya.
Program yang diadakan di hotel itu tular di Facebook (FB) sejak semalam memaparkan gambar beberapa wanita yang memenangi pertandingan itu berpakaian seksi serta video memaparkan mereka menari.
Gambar serta video di FB itu dipercayai dimuatnaik seorang daripada peserta program yang kemudiannya sudah memadamkan hantaran berkenaan.
Beberapa netizen yang memuatnaik semula gambar serta status peserta berkenaan turut mempersoalkan KPM yang menganjurkan program berkenaan lapor Harian Metro
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/bukan-anjuran-kementerian-pendidikan-lah.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself