Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya hari ini menjelaskan ‘bar ribbon’ tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dianugerahkan pihak istana.

Beliau berkata, ‘bar ribbon’ yang dikepilkan pada pakaian seragamnya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai ‘bar ribbon’ seperti yang disenaraikan.

Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit kekhilafan dalam ‘bar ribbon’ terbabit yang sudah diperbetulkan.

“’Bar ribbon’ ini tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak Istana, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

“Butiran lain di atas baju seragam saya adalah lencana-lencana pangkat yang mana saya dikehendaki memakainya selaku Ketua Pesuruhjaya dan adalah berdasarkan perintah tetap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengakui beliau baru belajar mengenai lencana pangkat, ‘bar ribbon’ dan pemakaian seragam SPRM, Latheefa berkata, pihaknya berterima kasih di atas ‘minat’ ditunjukkan pihak tertentu terhadap pakaian seragam dipakainya itu.

“Keutamaan saya sejak mengambil alih tugas (Ketua Pesuruhjaya SPRM) adalah kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam saya,” katanya.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan bagaimana Latheefa boleh memakai banyak butiran pada pakaian seragamnya, sedangkan beliau baru sebulan memegang jawatan itu dan menuntut penjelasan diberikan mengenainya.

Selain Lokman, perkara sama turut disuarakan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang meminta SPRM memperincikan bintang kebesaran pada pakaian seragam dipakai Latheefa.

Pertikaian itu tercetus selepas gambar Latheefa yang memakai pakaian seragam Ketua Pesuruhjaya SPRM menghadiri majlis perbarisan hormat anggota agensi itu, tular di media sosial lapor Berita Harian





from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/itu-bar-ribbon-bukan-darjah-kebesaranlah.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.