Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Penganalisis ekonomi memberi amaran bahawa masa hadapan Malaysia akan menjadi tidak menentu sekiranya terus bergelut dan berantakan dengan isu perkauman.

Menurut penganalisis pasaran, Jameson Tan, perdebatan terbaharu perkauman di negara ini yang melabelkan kaum Cina sebagai ‘pendatang’, ‘masyarakat tidak berguna’ ataupun ‘kumpulan yang tamakkan kuasa’ akan mengurangkan daya saing negara.

Katanya, pesaing Malaysia seperti Indonesia, Vietnam atau Thailand hari ini bergerak sebagai satu bangsa, satu negara. Mereka ‘buta’ kaum dan mengutamakan nilai ekonomi seseorang berbanding kaumnya.

“Jika situasi di Malaysia terus dibelenggu oleh isu-isu kaum maka tidak lama lagi negara-negara lain di ASEAN akan mendahului Malaysia dalam pelbagai bidang terutama sektor perindustrian.

“Sekarang pun Vietnam, Thailand dan Indonesia sedang mengorak langkah besar untuk maju ke depan dan Malaysia akan tenggelam di belakang kalau isu-isu rasis menjadi keutamaan di sini.

“Ramai pelabur asing kini berpendapat situasi yang tidak stabil ini akan menjejaskan iklim pelaburan negara yang ketika ini bukanlah destinasi pelaburan yang diminati ramai di antara negara-negara ASEAN,” katanya.

Jameson menyatakan kekesalannya walaupun Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sudah selesai lebih setahun namun isu perkauman dan retorik pemimpin politik seolah-olah membayangkan pilihan raya akan mengambil tempat.

“Hari-hari ada saja isu perkauman yang timbul. Orang yang menyebarkan ideologi kebencian diberi perlindungan dan kumpulan-kumpulan rasis dibiarkan menyebarkan kebencian diantara kaum.

“Ini memberi gambaran kepada masyarakat antarabangsa Malaysia bukanlah satu negara di mana rakyat hidup dalam semangat harmoni dan bersatu-padu.

“Imej Malaysia yang sebegini amat sukar dikikis selagi wujudnya banyak kumpulan yang rasis atau puak-puak yang asyik menakut-nakutkan kaum mereka telah hilang kuasa walhal perkara itu tidak berlaku.

“Kerajaan PH patut ambil tindakan tegas dan puak rasis atau sesiapa yang mengungkitkan sentimen perkauman wajar dijatuhkan hukuman penjara yang setimpal kerana mereka menjejaskan keharmonian dan ekonomi negara,” kata Jameson lagi. – RF8 Media

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/ekonomi-malaysia-tertinggal-jika.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.