Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Pelan peralihan kuasa di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih belum jelas merunsingkan komuniti perniagaan dan pelabur.
Ini diakui Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat yang mendakwa kebimbangan itu berasas kerana polisi negara pasti akan berubah setiap kali pemimpin bertukar.
“Kita maklum Tun (Mahathir) akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar tiba sehingga kini tiada tarikh yang tepat diberikan jadi ia menyukarkan komuniti perniagaan dan pelabur untuk membuat perancangan masa depan.
“Kita tahu setiap kali pemimpin bertukar, polisi negara juga akan berubah. Ini meningkatkan kebimbangan kepada kami,” katanya semasa menjadi panelis dalam sesi Mewujudkan Hubungan Perniagaan dan Kerajaan di Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 di sini..
Sesi dikendalikan oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Ketika Mustapa meminta para peserta yang merupakan wakil perniagaan mengangkat tangan sekiranya bersetuju dengan kenyataan Cheng Kiat, semua mengangkat tangan tanpa ragu.
Para panelis yang terdiri daripada Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI), Datuk N. Gobalanrishnan, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Lim Kuang Sia turut bersetuju ‘perang politik’ di negara ini adalah keterlaluan sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
“Kami berharap perang politik di Malaysia dihentikan kerana ianya tidak berkesudahan. Kami komuniti perniagaan amat berharap kerajaan melakukan perubahan untuk membuka jalan kepada kami untuk berniaga,” kata Gobalanrishnan.
Malah Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Tan Sri Ter Leong Yap yang diminta Mustapa naik ke pentas untuk berkongsi pandangannya terhadap isu tersebut memberi contoh apa yang berlaku di Indonesia selepas Pilihan Raya Umum (PEMILU) berakhir beberapa bulan lalu.
Katanya, Presiden Joko Widodo dan pencabarnya, Prabowo Subianto sanggup bertemu dan bersetuju melupakan pertelagahan seterusnya menumpukan kepada pembangunan negara mereka.
“Kita sepatutnya melupakan perbezaan politik dan bekerjasama untuk memberi fokus kepada perkara yang lebih penting.
“Kita boleh tunggu tiga atau empat tahun lagi untuk bercakap soal politik kerana sekarang adalah masanya untuk fokus kepada pertumbuhan ekonomi dan langkah-langkah untuk menyelesaikan pelbagai isu yang masih belum selesai sejak sekian lama.
“Tambahan pula, tekanan luaran seperti perkembangan perlahan ekonomi global dan perang perdagangan menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara juga terjejas,” tegasnya. Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 dianjurkan oleh NCCIM.-MalaysiaGazette
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/peralihan-kuasa-kabur-runsingkan.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself