Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Datuk A Kadir Jasin menjelaskan tiada masa yang ditetapkan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri.
Penasihat media dan komunikasi perdana menteri berkata Pakatan Harapan (PH) sememangnya tidak meletakkan tarikh akhir Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua kerajaan, lapor Bernama.
“Ada lima janji yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin PH iaitu Tun M jadi pengerusi PH, Tun M untuk memimpin PH pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu, seterusnya Tun M menjadi Perdana Menteri, memohon keampunan untuk Anwar dan seterusnya menyerahkan jawatan kepada Anwar.
“Namun, persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak dinyatakan tarikh.
“Tahun 2020 ke, 2030 ke atau 2050 pun tak dinyatakan bilakah tarikhnya,” katanya.
Anwar sebelum ini menegaskan akan membantu melicinkan proses untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak selepas menjadi perdana menteri.
Presiden PKR berkata kerajaan yang dipimpin Dr Mahathir pada hari ini memainkan peranan yang sebaiknya dalam rundingan berkenaan lapor MMO
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/09/2030-atau-2050-tidak-pasti-bila-anwar.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself