Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan bersedia menambah baik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) bukan bermakna akan mengembalikan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, laporan media sebelum ini seolah-olah menggambarkan kerajaan akan melaksanakan semula GST adalah tidak tepat.

“Mengambil kira pendapat sesetengah rakyat (kembalikan GST) dan saya ditanya oleh media.

“Ya kita akan pertimbangkan. Tapi ia tidak bermakna kita akan setuju. Kita akan tambah baik SST.

“Tetapi media melaporkan seperti kita putuskan untuk mansuh SST untuk GST. Sudah tentu pembangkang gembira. Laporan media buat pembangkang gembira,” katanya pada program Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan Formula 2020: Selangkah ke hadapan bersama Pakatan-Warisan di The Saujana Hotel di sini malam tadi.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan untuk melaksanakan semula GST jika itu kehendak rakyat.

Kerajaan juga dilaporkan bersedia mengkaji perkara itu namun sebarang pelaksanaan baharu dijamin tidak akan dimasukkan dalam Belanjawan 2020.

Lapor Sinar

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/gst-laporan-media-tak-tepat-kata-tun-m.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.