Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Sebuah organisasi perubatan tidak berasaskan keuntungan menggesa kajian semula sistem kontrak untuk doktor di hospital awam dan kekurangan peluang untuk menjadi pakar.

Malaysian Medics International (MMI) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah doktor setiap tahun dan kekurangan penempatan yang menyebabkan sebahagian pegawai perubatan ditawarkan jawatan kontrak yang mematahkan harapan mereka menjadi doktor pakar.

Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam, pengerusi lembaga amanah antarabangsa MMI, berkata Kementerian Pendidikan membenarkan institusi perubatan tumbuh seperti cendawan.

“Terdapat 33 institusi perubatan yang menghasilkan 3,000 doktor setiap tahun. Kita mempunyai 3,000 lagi doktor yang kembali ke tanah air setiap tahun dari luar negara selepas menamatkan pengajian mereka.

“Tetapi tidak banyak pekerjaan untuk menampung semua mereka setiap tahun,” katanya.

Pada masa ini, katanya, kira-kira 9,000 doktor kontrak sedang menjalani latihan di mana 4,000 kini diberi jawatan doktor perubatan kontrak.

“Mereka di bawah kontrak, walaupun mereka melakukan tugasan sama dengan doktor tetap atau pegawai perubatan, gaji mereka kurang dan tidak berpeluang menjadi pakar,” katanya.

Jawatan kontrak pertama kali diperkenalkan pada 2016.

Vikkineshwaran berkata tidak ada panduan yang jelas mengenai siapa yang diambil secara kontrak dan yang dilantik sebagai kakitangan tetap.

“Sama ada kerajaan harus menjadikan semua pegawai perubatan kontrak atau kakitangan tetap. Pegawai perubatan melakukan tugas yang sama, tetapi mereka di bawah kontrak mendapat gaji yang kurang dan tidak berpeluang menjadi doktor pakar,” katanya.

Beliau berkata pegawai perubatan kontrak diletakkan di bawah gred gaji UD41 dan memperoleh RM3,100 sementara doktor yang diserap sebagai kakitangan tetap memperoleh RM3,700 sebulan di bawah gred UD44. Elaun juga lebih tinggi untuk kakitangan tetap.

Semasa latihan, mereka memperoleh RM2,900 sebulan dengan elaun sebanyak RM600 untuk tugasan “on-call” dan RM500 bagi mereka yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak.

“Selepas latihan, mereka ditempatkan di gred UD44 tetapi mereka yang di bawah kontrak kekal di UD41,” katanya. Beliau mempersoalkan mengapa doktor ditempatkan dalam dua gred dan tidak dibayar gaji yang sama.

Beliau berkata pegawai perubatan kontrak tidak berpeluang menjadi pakar kerana mereka perlu memegang jawatan pegawai perubatan tetap selama tiga tahun.

Dengan tiada pekerjaan baru diwujudkan, jawatan itu hanya terbuka apabila ia dikosongkan oleh kakitangan bersara.

“Oleh itu, kerajaan mencipta kakitangan kontrak kerana tidak ada tawaran baru.

“Tetapi kita tidak tahu kriteria mengapa sesetengahnya diberi jawatan kontrak sementara yang lain bekerja secara tetap,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan mengkaji isu ini kerana terdapat terlalu banyak institusi perubatan dan adalah penting untuk mengkaji kualiti graduan yang lulus peperiksaan. Ini termasuk, mereka yang menamatkan pengajian di luar negara.

“Mereka mungkin belajar ke institusi perubatan yang tidak bermutu seperti di Rusia di mana bahasanya berbeza.”

Beliau berkata peperiksaan saringan perlu diadakan sebelum graduan ditawarkan latihan untuk mengukur siapa yang patut diambil bekerja di hospital kerajaan untuk memastikan kualiti mereka.

Beliau juga menggesa Putrajaya membenarkan doktor kontrak melakukan pengkhususan mereka selepas 3 tahun kerana negara itu amat memerlukan pakar.

“Bayangkan di Hospital Kuala Lumpur hanya terdapat 10 pakar bedah vaskular dan 10 pakar hati dan pakar pundi hempedu di Hospital Selayang,” katanya sambil memetik contoh.

Beliau berkata kebanyakan pakar berpindah ke hospital swasta untuk gaji yang lebih tinggi dan keseimbangan kerja yang lebih baik lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/6000-doktor-dihasilkan-setiap-tahun.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.