Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan mesej tular mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.
Fahmi turut menafikan ada mengeluarkan kenyataan kononnya mengesahkan pertemuan itu, seperti yang disebar menerusi mesej berkenaan.
“Saya tidak ada keluarkan sebarang mesej mengesahkan kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Negara.
“Ini adalah satu taktik yang cukup jelik, kotor, dan saya akan buat laporan polis hari ini kerana nama saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan maklumat tidak benar, palsu, fitnah dan bermotif politik.
“Datuk Seri Anwar ada di Dewan Rakyat pagi ini. Maklumat itu disampaikan oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Pagi tadi, pihak media menerima satu mesej tular kira-kira jam 9.45 pagi mendakwa Fahmi mengesahkan Anwar berada di Istana Negara untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.
Pihak media bagaimanapun melihat kehadiran Anwar di Dewan Rakyat pada jam 10.10 pagi lapor Berita Harian
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/anwar-di-dewan-rakyat-bukan-istana.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself