Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Wakil rakyat pembangkang memuji Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng atas keberaniannya menegur kerajaan Pakatan Harapan gagal menunaikan janji sebagai punca gabungan parti pemerintah itu digelar penipu dan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Wakil rakyat DAP itu berkata, antara janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang gagal ditunaikan PH ialah menutup kilang Lynas di Kuantan, Pahang.

“Kita kalah teruk di Tanjung Piai mengapa? Sebab kerajaan ini tidak memenuhi janji manifesto, salah satu yang relevan di kementerian ini berhubung isu Lynas. Sebelum PRU, PH janji nak batalkan Lynas dan hantar balik sisa ke negara asal, jadi apa telah dibuat?

“Menteri jangan main perkataan di dalam manifesto tidak sebut isu Lynas, jangan main-mainkan pengundi. PH sebelum PRU kata kita menang, esok batalkan Lynas.

“Sekarang (hampir) 2 tahun, kilang Lynas masih ada. Menteri-menteri tandatangan perjanjian (baru) lagi, apa sudah terjadi?” soalnya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa membabitkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Lim berkata, kegagalan PH menunaikan manifesto PRU14 turut menyebabkan gabungan itu dilabel “kaki kencing dan pengecut”.

“Pengundi, rakyat di luar sana, pembangkang panggil kita kencing, pengecut. Kita tidak mahu kerajaan songsang, kita tidak mahu jadi kerajaan ‘U-turn’,” katanya sambil mendesak Putrajaya mencari jalan menutup kilang Lynas di Gebeng.

Lim turut mempersoalkan fungsi sebenar Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kerana isu membabitkan alam sekitar seperti sampah sarap, hutan dan sumber air terletak di bawah bidang kuasa kementerian lain.

“Isu kebersihan, sampah berada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), isu alam sekitar membabitkan hutan, (sumber) air berada di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

“Saya nak tanya, di bawah kementerian ini, apa isu alam sekitar yang telah dibuat (ditangani), apa program, projek yang dibuat melibatkan alam sekitar? Sering kali rakyat buat aduan sampah, alam sekitar kepada kementerian ini, mereka tolak kepada KPKT dan jabatan lain.

“Kita tidak mahu kerajaan PH jadi kerajaan ‘tai chi master’, jangan tolak (masalah kepada kementerian lain),” katanya yang menggesa kerajaan melakukan penstrukturan semula ke atas Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim supaya semua isu alam sekitar diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian itu.

“You’re the man,” kata Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

“MP world class,” kata Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/gagal-tunai-janji-punca-ph-dilabel-kaki.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.