Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad senada dan sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman dan teratur.

Presiden PKR dan Perdana Menteri itu juga mencapai persetujuan bahawa, peralihan kuasa akan dilakukan dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, beliau dan Dr Mahathir juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan nama mereka berdua dalam mana-mana muslihat lain.

"Pendirian Tun Dr Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri," kata Anwar dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Anwar sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selama setengah jam di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Khamis.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memaklumkan, beliau telah memohon persetujuan Dr Mahathir untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu.

Kata Anwar lagi, beliau dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

"Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek," kata Anwar lagi.

.... Dan.. Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pada pertemuan itu, Anwar bersetuju supaya tidak perlu wujud tekanan daripada pihak luar terutama berkenaan isu peralihan kuasa.

“Beliau (Anwar) kata beliau faham masalah yang mendepani ketika ini. Tidak perlu tekanan daripada pihak lain dalam mengemukakan sebarang cadangan termasuk tarikh peralihan kuasa,” katanya ringkas ketika ditemui media di sini hari ini.

Laporan penuh sila baca di SINI



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/anwar-jumpa-tun-m-bincang-isu-peralihan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.