Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Kemunculan kembali Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor di pentas politik mengundang tanda tanya. 

Menerusi video yang dimuatkan di media sosial, Ezam mengakui menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus menolak pihak yang pernah disokongnya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan PAS.

Pengerusi Gerakan Anti Rasuah Negara (Gegar) berkata Anwar seorang manusia biasa dan tidak sempurna.

“Anwar ini daripada dulu sampai sekarang konsisten. Cara hidup mewah langsung tak ada.

“Lawan kelompok-kelompok korporat, kroni terang-terang dan ini kita harapkan kerana inilah cabaran umat,” katanya.

Video dua minit turut memperlihatkan Ezam menyatakan kekesalan terhadap PAS kerana didakwa menyokong pihak yang tidak sepatutnya.

“Mana saya tidak marah, kamu parti Islam. Tetapi kamu pula yang menyokong kleptokrat,” kata Ezam mengumpamakan Najib sebagai kleptokrat dan Dr Mahathir sebagai diktator.

“Inilah satu-satunya parti yang sokong kleptokrat dan sokong diktator dalam masa yang sama,” kata Ezam.

“Masa dia (Dr Mahathir) belum diktator kamu tidak sokong. Masa Dr Mahathir baik dulu, masa tu kita sokonglah,” kata Ezam berseloroh.

Umum mengetahui Ezam antara tonggak penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 yang kemudian dijenamakan sebagai PKR pada 2004 yang mana penglibatan beliau ketika itu adalah sebagai Ketua Angkatan Muda parti.

Ezam kemudian membuat keputusan meninggalkan parti selepas hampir sedekad berjuang lalu menyertai Umno yang ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mei 2008.

Ezam kemudian membuat keputusan keluar Umno pada Oktober 2016 serta meletak jawatan sebagai pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan kerana didakwa tidak bersetuju dengan beberapa isu antaranya 1MDB ~ ProjekMMO

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/ini-sebabnya-kenapa-ezam-sokong-anwar.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.