Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Dana dari sebuah negara Timur Tengah yang dijanjikan untuk diberi kepada Malaysia bagi membantu pelarian etnik Rohingya, tidak diterima oleh kerajaan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah. 

Sebaliknya, dana dengan jumlah yang besar itu difahamkan diterima oleh kerajaan yang mengambil alih pemerintahan selepas BN tidak lagi bernasib baik untuk mentadbir negara, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan berusaha untuk mendapatkan bantuan tersebut namun, tidak ada satu sen pun diterima oleh kerajaan ketika itu.

“BN mengusahakan bantuan daripada sebuah negara dan ketika kerajaan BN memerintah bantuan itu tidak sampai satu sen kepada kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan isu ucapan videonya mengenai Rohingya yang tular, baru-baru ini.

Ahmad Zahid turut menegaskan, wang dari dana tersebut juga tidak ada yang masuk dalam mana-mana yayasan atau mana-mana akaun peribadi milik sesiapa laporan penuh bacalah di SINI

Berikut adalah kenyataan media dari pihak Kerajaan yang mengambil alih pemerintahan selepas BN tidak lagi diberi peluang untuk memerintah negara selepas PRU14, menjelaskan persoalan yang bibangkitkan Zahid..

Kenyataan Akhbar YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 29 April 2020

1. Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

2. Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

3. Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.

4. Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

6. Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020.

7. Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

8. Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

9. Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”).

10. Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

11. Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun.

12. Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

13. Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.

14. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai termasuk Duta Qatar ke Malaysia, TYT Tuan Fahad Mohammed Kafoud, serta semua kakitangan kerajaan dan NGO yang terlibat.

15. Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.

16. Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.

17. Saya juga menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.


Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
YB Ahli Parlimen Pandan
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2
9 April 2020

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/04/usd50-juta-dari-qatar-untuk-rohingya.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.