Halloween party ideas 2015

Rakyat Malaysia pada tahun ini tidak dapat melakukan kunjungan muhibah menziarahi satu sama lain sebagaimana kebiasaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ziarah ini walau pun di dalam kawasan sempadan negeri yang sama, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.

"Seperti diumumkan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin), kita tidak boleh balik raya, jadi kita beraya di rumah saja dan pakai kain pelikat," kata Ismail menjelaskan persiapan sambutan Aidilfitri, dalam wawancara BH Online, terbit hari ini.

Menurutnya lagi, tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, begitu juga aktiviti sosial dan sukan.

Walaupun PKP bersyarat - peraturan yang dapat dikuatkuasakan melalui warta persekutuan - akan berakhir pada 12 Mei, Ismail mendedahkan rancangan beliau yang menunjukkan kemungkinan peraturan itu akan dilanjutkan sehingga Hari Raya Aidilfitri, yang jatuh pada 24 Mei, dan seterusnya.

PKP bersyarat mengakhiri sebahagian besar sekatan pergerakan untuk membuka semula kegiatan ekonomi. Bagaimanapun, beberapa sekatan masih berlaku. Sekolah tidak dibenarkan dibuka semula, begitu juga kebanyakan perjalanan antara negeri.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia bebas melakukan perjalanan di dalam sesebuah negeri tanpa sekatan atau perintah berkurung.

Ismail pada wawancara BH Online turut mengulas soalan sekiranya solat berjemaah akan dibolehkan tidak lama lagi.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Zulkifli Mohamad Al-Bakri) berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya. Mungkin kita akan bincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet.

"Cadangan itu bagaimanapun bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat. Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi. Saya kira adalah lebih baik menteri yang berkenaan mengulas mengenainya," jelas beliau lagi.

Mengenai sempadan negara, Ismail berkata kawasan itu yang terakhir akan dibuka dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Ismail dipetik NST berkata mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) kadang-kadang 'panas' dan perbincangan boleh menjadi "tegang."

"Apa yang mustahak, apabila kami membuat keputusan ia sebulat suara dan dipersetujui oleh semua yang hadir mesyuarat," katanya. - Malaysiakini

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/tiada-ziarah-hari-raya-walau-dalam.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.