Halloween party ideas 2015

Penganjur I Want To Touch A Dog Di Ugut Bunuh | Sidang media berhubung program yang mencetuskan kontroversi 'I Want To Touch A Dog' sedikit 'tergantung' apabila penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi bertindak meninggalkan majlis kerana beliau dikatakan menerima ugutan bunuh.






Syed Azmi hanya memohon maaf dan kemudian terus beredar tanpa sempat menjawab soalan pemberita kerana didakwa menerima mesej yang mengancam diri dan nyawanya.



Bagaimanapun, sidang media itu diteruskan dengan peguam yang mewakili pihak penganjur, Syahredzan Johan dan penganjur bersama Norhayati Ismail mengambil alih majlis dan menjawab pertanyaan pihak media.



Syahredzan berkata, kehidupan Syed Azmi kini terancam apabila beliau sering menerima panggilan telefon, mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp yang mahu melakukan sesuatu terhadap beliau termasuk membunuh.



"Dia telah banyak menerima ugutan bunuh dan segala macam ugutan...tadi pun ada terima ugutan.

"Untuk keselamatan dirinya, dia terpaksa beredar," katanya.



Syahredzan berkata, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan kertas siasatan telah dibuka.



Katanya, satu lagi laporan polis akan dibuat memandangkan ancaman yang diterima semakin keras.



"Ia agak serius dengan ugutan-ugutan menyatakan akan bunuh jika terjumpa Syed Azmi di tengah jalan, patahkan tulang dan sebagainya.



"Setakat semalam, dalam masa beberapa jam mesej diterima yang tidak dibaca mencecah dua ribu," katanya sambil menambah laporan SKMM juga telah dibuat.



Penganjur yang dihentam teruk itu bagaimanapun belum bercadang mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang mengkritik secara keterlaluan.



sumber

http://ift.tt/1yxpCUO





from KeZooM http://ift.tt/1tSNpk0

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.