Halloween party ideas 2015

Subhanallah, Ribuan Ikan Lampam Serah Diri Di Parit Buntar | Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan lampam muncul di permukaan tali air sejak jam 7 pagi semalam, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan berpesta.






Rata-rata penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.



Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, penduduk mendakwa menaikkan 100 kilogram ikan lampam.



Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.



Katanya, dia menyedari kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan bermain di permukaan air.



“Saya segera mengambil jala dan melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak, saya dapat lebih 20 ikan.



“Saya kemudian mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu,” katanya.



Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas melihat penduduk menaikkan banyak ikan.



Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian.



sumber

http://ift.tt/1s244eI





from KeZooM http://ift.tt/1G4XbCT

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.