Halloween party ideas 2015

Hanis Zalikha Bertudung Berkat Doa Ibubapa | Hanis Zalikha memberitahu media, penghijrahan dia yang kini bertudung adalah hasrat yang sudah beberapa bulan dipertimbangkan demi mendapat keredaan Allah dan orang tuanya sebelum mengahwini pelakon Hairul Azreen Idris.






"Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat,” kata Hanis Zalikha mengenai keputusannya berhijab bermula semalam.



“Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya tak nak ulas banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya.



“Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum.



“Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru,” katanya.



Pengacara Raikan Cinta itu semalam berkongsi gambar terbarunya mengenakan tudung menerusi akaun Instagram milik Hairul.







Ia disambut baik pengikut bekas penulis blog itu yang secara amnya mengucapkan tahniah dan gembira dengan perubahan itu.



Menurut Hanis, dia sudah lama mempertimbangkan perubahan itu namun tidak mahu bercerita sehingga bersedia sepenuhnya.



“Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekarang mulai bertudung untuk menyempurnakan kewajipan menutup aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit,” katanya.



Ditanya mengenai reaksi Hairul, Hanis berkata, aktor itu sudah lama mengetahui perancangan itu dan menggalakkan keputusan itu.



“Dia memang sudah tahu sebenarnya. Sebelum ini pun, apabila kami keluar ada ketika saya bertudung dan dia galakkannya.



“Sekarang bila sudah rasmi, tentulah dia sangat gembira dan menyokong sepenuhnya,” katanya.



Hairul juga dilaporkan berasa sangat bersyukur dengan perkembangan positif dari Hanis tersebut.



sumber

http://ift.tt/14frsQn
34094#sthash.WYZR9dbp.dpuf





from KeZooM http://ift.tt/1vQFbtL

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.