Halloween party ideas 2015

Reman Ibu Tiri & Bapa Yaya Di Lanjut | Tempoh tahanan reman ibu tiri dan bapa Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, yang mesra dipanggil Yaya dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak perempuan itu sehingga mangsa mengalami kecacatan kekal.

Reman Ibu Tiri & Bapa Yaya Di Lanjut

Menurut pihak Kosmo, pasangan itu yang memakai pakaian lokap dan bergari dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret Pasir Mas dengan diiringi anggota polis dan peguam mereka, Mohd. Ridzuan Muhamad pada pukul 9.30 pagi.

Perintah sambungan tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali bermula hari ini dan berakhir 5 Julai depan. Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini selepas selesai mendapatkan tempoh perintah reman kira-kira pukul 10 pagi.

Terdahulu, suri rumah berusia 25 tahun dan suaminya seorang peniaga aksesori kereta berumur 39 tahun dikenakan perintah reman selama empat hari yang berakhir semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Terdahulu, Yaya diperlakukan tidak ubah seperti binatang apabila dipercayai diseksa dan didera oleh ibu tirinya sendiri sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk serta paha sebelum dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak setahun lalu.

Mangsa turut dipukul apabila tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan parut, malah luka terbaharu ditemui pada kepalanya, apabila kulit kepala mangsa didapati terkoyak akibat didera.

Rahsia mengenai kekejaman suspek dikatakan terbongkar selepas bapa mang­sa dan ibu tirinya enggan menjaga Yaya sebelum menye­rahkan kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28, di Rantau Panjang.

Sementara itu, polis turut menahan seorang lelaki dipercayai bapa saudara kepada mangsa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan tersebut.

sumber
http://ift.tt/1IybNgl


from KeZooM http://ift.tt/1GUj9We
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.