Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Dalam satu kenyataan ringkas, Pengarah CID, Datuk Mohmad Salleh berkata,Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Polis akan meneruskan permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Bagaimanapun Clare mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap terhadapnya di Kuala Lumpur.

Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

"'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya kepada Malaysiakini


Hmm.. maaflah ya.. nak tanya sikit ni.. Alvin Tan yang menghina KPN dan Najib hari tu dah ditangkap dan di bawa balik ke Malaysia atau belum?

Ali yang dah berhijrah ke Sweden tu dah di tangkap dan di ekstradisi atau belum?

Sirul yang boleh keluar dari Malaysia dan lari ke Australia ketika proses penghakiman masih berjalan dah di ekstradisi atau belum?

Rajapetra yang dah lari ke London tu dah diekstradisi atau belum?.. KPN kata dulu Interpol dah keluarkan 'red notice' untuk buru dia.. lama dah tu..

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Ul3YP0

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.