Halloween party ideas 2015

Amir Ukays Bebas, Pistol Tembak Cicak Bukan Pistol Sebenar : Amir (Ukays) dibebaskan dengan jaminan polis atas tuduhan memiliki pistol selepas ditahan polis pada  Rabu lalu.

Amir Ukays Bebas, Pistol Tembak Cicak Bukan Pistol Sebenar

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy.

Bagaimanapun katanya, pihak polis akan menyiapkan kertas siasatan berhubung perkara itu sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diputuskan sama ada penyanyi tersebut perlu didakwa atau sebaliknya.

Amir Ukays ditahan polis selepas dipercayai memilki senjata api pada kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.

Ketika pemeriksaan dilakukan polis menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact’ dengan nombor siri 12L20520.

Dia ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.

Dalam pada itu Amir menerusi kenyataannya kepada sebuah portal berita berkata pistol berkenaan adalah pistol mainan milik anaknya yang diletakkan di dalam kereta untuk kegunaan bagi menembak cicak.

Amir juga sudah memaafkan pihak-pihak yang telah menyebarkan gambarnya ketika ditahan sehingga ia menjadi viral di laman sosial.

sumber
http://ift.tt/1MbaIyB


from KeZooM http://ift.tt/1NpnCpL
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.