Halloween party ideas 2015

Caliph Buskers Jawab Isu Gurauan Kasar Nabil | Azmi Saat, wakil Caliph Buskers meminta orang ramai agar tidak mengambil serius gurauan pengacara Nabil Ahmad yang mempersendakan kumpulannya pada episod pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.

Caliph Buskers Jawab Isu Gurauan Kasar Nabil

Menurut Azmi, Nabil seorang yang lucu serta menghiburkan. Dia mahupun anggotanya tidak pernah sedikit pun terasa dengan kata-kata pelawak itu meskipun gurauan Nabil itu agak kasar.

"Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

"Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

"Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami," katanya lapor mStar Online.

Sementara itu, Azmi berkata dia faham apabila masyarakat marah dengan tindakan Nabil itu, namun orang ramai juga perlu tahu bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) juga manusia biasa yang suka bergurau senda.

"Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

"Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih  kasar daripada Nabil lagi. Hahaha.." ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kata Azmi, dia bersyukur apabila single lagu pertama kumpulannya iaitu Hanya Namamu mendapat respons yang sangat positif sejak ia dilancarkan April lalu.

Malah jumlah klip video di Youtube pula sudah mencecah lebih sejuta tontonan.

"Alhamdulillah. Pada mulanya kami hanya mahu dikenali. Tetapi tidak sangka Caliph Buskers sudah memiliki single lagu yang mendapat perhatian ramai.

"InsyaAllah kami akan muncul pula dengan single lagu kedua," tuturnya.

sumber
http://ift.tt/1kap3yv

from KeZooM http://ift.tt/1O7CRXJ
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Post a Comment

    Powered by Blogger.