Halloween party ideas 2015

Penghakiman Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Akta Hasutan 1948 sah di bawah Perlembagaan Persekutuan hari ini adalah perkara yang amat menyedihkan bagi kebebasan sivil di Malaysia, kata pensyarah undang-undang Dr Azmi Sharom.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya selepas mahkamah menolak kesnya yang mencabar undang-undang pra merdeka itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen pada 2 September, 2014.

"Hari ini hari yang sangat-sangat menyedihkan buat kebebasan sivil. Saya sedih bukan untuk diri saya secara peribadi, tetapi buat kita semua dalam negara ini," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan mahkamah, pagi ini.

Azmi kini akan menghadapi perbicaraan atas tuduhan menghasut selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau mencabar akta itu.

Mahkamah tertinggi hari ini mengisytiharkan undang-undang yang digubal di bawah pemerintahan British itu mengikut Perlembagaan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang membacakan keputusan sebulat suara panel 5 hakim itu berkata, akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.

Beliau berkata, kuasa mahkamah adalah terbatas untuk mengkaji akta yang diluluskan Parlimen.

Menurut Azmi, beliau berharap keputusan mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia itu tidak akan membantutkan orang ramai daripada menyampaikan pandangan mereka berhubung isu politik semasa.

"Saya harap merit kes ini akan menunjukkan yang saya tidak berbuat apa-apa.

"Saya harap ia tidak memberi kesan kepada komen-komen dalam negara ini dan saya harap, orang ramai teruskan menyampaikan sudut pandangan mereka kerana kita mesti jangan biarkan undang-undang yang teruk menakutkan kita," katanya.

Peguam Azmi, Gobind Singh Deo berasa sedih, namun pasrah dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Malang sekali mereka tidak bersetuju dengan hujah kita, tetapi itu adalah penghakiman mereka.

"Kita akan dapatkan teks penuh penghakiman dan menelitinya. Kita akan tentukan apa yang akan dibuat kemudian," katanya. – TMI


from Lagi Berita http://ift.tt/1KXnKMq
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.