Halloween party ideas 2015

Shahrol Shiro Kena Bedah Esok | Pelawak Shahrol Shiro terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan sinus di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru, pagi esok.

Shahrol Shiro Kena Bedah Esok

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, berkata, dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus.

Katanya, bimbang dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan membuat pemeriksaan di hospital dan disahkan menghidap penyakit berkenaan serta perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

"Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena.

"Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.

"Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok," katanya.

Shahrol yang juga penyampai radio Era FM memuat naik sekeping gambar pada akaun Instagram miliknya awal pagi ini memaklumkan terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan.

Pengumuman itu mengundang tanda tanya dan spekulasi peminat apakah permasalahan sebenar yang dimaksudkan ahli kumpulan Shiro itu.

sumber
http://ift.tt/1jbvwtf

from KeZooM http://ift.tt/1QWUl6y
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.