Halloween party ideas 2015

Wanita Kahwin Dengan Mayat Kekasih | Pelik. Itu apa yang dapat digambarkan apabila seorang wanita tetap mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang meninggal dunia pada hari pengembumian lelaki itu.


Nan Thippharat, dari wilayah Changhoengsao, tengah Thailand tetap meneruskan rancangannya untuk berkahwin walaupun kekasih yang dikenali sebagai Fiat  telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.

Menurut laporan Mirror.uk, wanita itu memuatnaik gambar serta video perkahwinan uniknya itu ke laman sosial miliknya.

Dalam rakaman video tersebut, Nan dilihat berpakaian pengantin, berada di sebelah mayat lelaki itu sambil memengang tangan 'suaminya' itu dan di kelilingi orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Nan berkata, ini adalah cara untuk saya memberi penghormatan kepadanya dan saya percaya kami pasti akan bersama pada kehidupan seterusnya.

"Saya sangat sayangkanya sepenuh hati dan sukar menerima kenyataan dia telah meninggal dunia. Dia kelihatan indah pada hari perkahwinannya dan saya yakin dia pasti sukakannya," katanya.

Bagaimanapun, perkahwinan yang di jalankan di Phanom Sarakham itu tidak diiktiraf undang-undang.

sumber
http://ift.tt/1RMkfy8


from KeZooM http://ift.tt/1U1Hphw
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.