Pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetap kekal dan akan dimaklumkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah jika ia ditanya pada pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) petang ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pada pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, seramai 19 ADUN menyatakan pendirian sama hilang kepercayaan kepada Mukhriz.
"Jika di soal (Jemaah Pemangku) pendirian kami kekal dan akan dinyatakan nanti..... pendirian ini juga dinyatakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semalam.
“Bagaimanapun, saya sendiri tidak tahu inti pati pertemuan petang ini namun akan hadir seperti diarahkan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Isnin.
Menurutnya, pihaknya akan menerima apa saja keputusan yang mungkin akan dibuat selepas pertemuan itu.
Difahamkan, Mukhriz sudah dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pagi tadi dipercayai ada kaitan dengan isu pertukaran Menteri Besar lapor AgendaDaily
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Sm8MFZ
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself