Skandal ini kalau berlaku 20 atau 30 tahun dulu, diera Mahathir menjadi Perdana Menteri mungkin mudah untuk ditutup.. tapi diera maklumat dihujung jari memang sukar malah boleh dikatakan tak mungkin ditutup begitu saja..
Dalam negara mungkin laporan yang disiarkan oleh media-media boleh dikawal oleh pihak berkuasa tapi Kerajaan dah tak ada kuasa untuk mengawal apa yang media luar laporkan..
Malangnya rakyat boleh membaca apa yang media luar laporkan tetapi media yang dikawal oleh Kerajaan tidak boleh atau dihalang melaporkan..
RM2.6 Billion yang didakwa sebagai derma oleh Peguam Negara, Najib dan Pemakan-pemakan dedak nya telah dinafikan sebagai derma tapi dikatakan sebagai satu pelaburan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir, maka dengan itu terpaksalah mereka merencanakan agenda seterusnya untuk memperbodohkan rakyat.
Dan rasanya apa yang disebut oleh Menteri Luar Arab Saudi ini masih belum diulas oleh Peguam Negara, Najib dan Pemakan-pemakan dedak nya..
Peguam Negara setakat ini hanya mendedahkan dari mana RM2.6 Billion yang dianggap sebagai derma yang telah dimasukkan ke dalam akaun Najib itu datang.. ini pun setelah Zahid Hamidi kantoi berbohong kepada rakyat Malaysia..
Kononnya dia secara peribadi telah menemui penderma RM2.6 Billion kepada Najib itu padahal Raja Arab Saudi yang kononnya ditemui oleh Zahid itu sebenarnya telah lama meninggal dunia..
Jadi mungkin sebab nak cover Zahid, Peguam Negara dedahkan individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Najib Abdul Razak adalah seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.
Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut.
"Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," katanya yang dipetik dari laporan Sinchew Daily.
Tapi kalau kita lihat di wikipedia, dinyatakan Raja Abdullah mempunyai 18 anak,lapan lelaki dan 10 perempuan. Anak-anak lelakinya ialah Putera Khalid, Putera Mutaib, Putera Mishal, Putera Abdulaziz, Putera Turki, Putera Badr, Putera Saud dan Putera Bandar.
Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB..
Dengan itu.. timbul pula persoalan lain..
Jika benar sumbangan itu diterima itu daripada Putera Turki, bolehkah ia dianggap sebagai derma yang dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan sedangkan syarikatnya, PetroSaudi mempunyai perjanjian perniagaan dengan 1MDB yang mana Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya?
Yang lebih misteri, jika benar wang yang diberi itu sebagai derma, mengapa pula sebahagian besar daripadanya dipulangkan semata-mata kerana tidak digunapakai?
Atau barangkali memang benar seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa wang itu bukannya derma, tetapi adalah suatu bentuk pelaburan.
Tetapi, jika ianya pelaburan, mengapa dimasukkan ke akaun peribadi dan kemudian dikembalikan?
Bukan aku saja yang mempersoalkan.. malah orang UMNO yang tak makan dedak juga turut mempersoalkan.. bacalah di ( SINI )
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1W2Ki27
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself