Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini merayu kepada Majlis Raja-raja untuk memanggil pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya membuat laporan kepada majlis itu mengenai hasil siasatan mereka.
Bekas menteri besar Kedah itu berkata, jika ia tidak dapat dilakukan, majlis itu perlu mempertimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai firma pelaburan negara itu.
"Menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua-Yang Di Pertua Negeri semoga mengarahkan peguam negara, gabenor Bank Negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk melaporkan kepada Majlis Raja-raja mengenai siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
"Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campur tangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata, 4 bulan sudah berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan pada Oktober, menitahkan supaya siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang bersalah.
Beliau juga bertanya sama ada kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengambil serius titah Majlis Raja-raja yang mencerminkan keresahan rakyat itu.
"Sebaliknya, perdana menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan rakyat dengan pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang 1MDB," katanya.
Mukhriz berkata, setakat ini, tiada sebarang perkembangan meyakinkan rakyat yang siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang dan 1 kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.
Malah, katanya, Najib marah dengan ucapannya pada satu majlis Umno di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Disember lalu apabila beliau menyentuh mengenai keengganan dan kegagalan perdana menteri, menteri tertentu dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjawab soalan yang dikemukakan pelbagai pihak.
"Malah, Najib sendiri menyatakan kepada saya ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai menteri besar Kedah," katanya.
Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah minggu lepas, selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.
- See more at: http://ift.tt/23RpEYE
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Qlk0UX
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself