Halloween party ideas 2015

Maut Di Tetak 10 Samseng | Gara-gara berebut kawasan tempat letak kereta, seorang lelaki maut selepas dia ditetak oleh sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Taman Mawar, Puchong Sabtu lalu.


Lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tidak lama selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad memberitahu, dalam kejadian yang berlaku pukul 8 malam itu, mangsa bersama rakannya berada di restoran berkenaan sebelum didatangi kumpulan suspek.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa dan rakannya telah dipukul dan ditetak dengan menggunakan pedang dan parang oleh 10 orang suspek.

“Adik mangsa telah membawanya ke PPUM namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.33 malam akibat kecederaan parah di badan,” katanya di sini hari ini.

Jelas Razimi, polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah parang berukuran 22 inci.

Tambahnya, buat masa ini, pihaknya telah menahan enam orang suspek selain mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujar beliau.

sumber
http://ift.tt/20ldhow


from KeZooM http://ift.tt/1WYOrFp
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.